Wednesday, 2 January 2019

Sabar, your time will come



Hi, Assalamualaikum. Happy new year to everyone. Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan di tahun baru dan seterusnya. Honestly, seusia Fara yang pertengahan 20 an ni, Fara selalu mencari2 apa pengertian kehidupan Fara, orang putih kata quarter life crisis. Selalu tertanya, apa tujuan Fara, kenapa takdir hidup Fara berliku2, kenapa tak dilahirkan dalam jasad orang lain dan macam2 lagi soalan dalam kepala Fara. 

Beberapa hari lepas Fara ada dengar satu ceramah di youtube, dari Ustaz Hanan Attaki. Dia ada sebut satu kata2 dari Saidina Umar, katanya, dalam medan peperangan, kemenangan itu bukan bergantung pada pihak mana yang paling kuat, tapi pada pihak mana yang paling sabar menghadapi ujian, sabar untuk bertahan semua kesakitan. Which is really makes sense. Kalau kita tak sabar letih, sakit dan kepenatan berperang, mesti kita akan give up separuh jalan. So boleh dipraktikkan dalam semua aspek hidup kita, tak kira la kerjaya, cinta, hidup, persahabatan dan sebagainya. 

Kita sebagai hamba ni kadang2 mesti akan ada waktu mengeluh, kenapa selalu sangat ditimpa musibah, diberi ujian yang kadang2 kita sampai tak mampu nak tanggung. Kenapa Allah patahkan hati kita, tak bagi kita dapat apa yang kita nak. Kadang2 kita nak sangat2 kat sesuatu tu, tapi tanpa izin Allah memang tak dapat. So, kita sedih, merungut, kecewa. Tapi ajaibnya Allah gantikan dengan yang beratus ganda lebih baik, dan paling penting Allah ganti pada waktu yang paling tepat! So kunci nya kesabaran je sebenarnya.

Bukan lah bidang Fara nak cakap pasal agama, just sharing my belief and experiences. Paling penting kita kena redha dan sentiasa percaya dengan perancangan Allah. Dia lebih mengetahui apa yang kita inginkan dan perlukan. Fara rasa paling terharu bila Allah menjawab doa2 yang Fara tak pernah luahkan. Kalau ada angan2 or sesuatu yang kita nak, tapi kita tak pernah cakap kat sapa2 pastu tiba2 Allah bagi benda tu kat kita. Time tu memang rasa sangat Allah tu terlalu dekat dengan kita, ada dalam diri kita. So, apa2 pun halangan dalam hidup, jangan putus asa. Your time will come.

No comments:

Post a Comment